Selamat Datang di Situs Resmi Pengadilan Agama Negara Kalimantan Selatan | Media Informasi & Transpransi Pengadilan Agama Negara. Pengadilan Agama Negara Selangkah lebih Maju....
 

PA Negara Peringatan Maulidurrasul Nabi Muhammad SAW

Selasa, 5 Desember 2017, Peringatan maulidurrasul dilaksanakan di ruang Sidang Pengadilan Agama Negara, Acara pun dimulai sekitar jam 11.00 Wita Pagi, semua Pegawai PA Negara berkumpul untuk memeriahkan acara.

 

 

Dimulai dengan kata sambutan oleh KPA Negara Drs. Setia Adil, tentang seputar berdirinya Pengadilan Agama Negara dan hikmah peringatan maulidurrasul.

 

 

Dilanjutkan Pembacaan Ayat Suci Al-Qur’an oleh Drs. H. Bustami  dan dilanjutkan Pembacaan Maulid Barzanji.

 

 

Barulah Ceramah sekitar sejarah Nabi Muhammad SAW oleh ustaz H. M. Ideris, (tokoh /ulama setempat) Beliau menceritakan dimana Muhammad S.A.W. Dilahirkan di Makkah sekitar 570/571 Masihi, Semenanjung Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapak saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Nabi Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup yang diterima Allah sahaja.

Nabi Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada berbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Beliau telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah yang dahulu dikenali sebagai Yathrib pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.  Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.

 

Total akses : 4